Assalamualaikum
April 26, 2013
April 14, 2013
Berdoalah
Assalamualaikum
Perlu diingat bahawa untuk mendapat doa yang dimakbulkan, adab-adab atau peraturan berdoa mestilah dipelihara oleh setiap orang yang berdoa.
Diantara tuntutan dan etika berdoa itu ialah:
1. Memelihara sumber rezeki seperti makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram.
2. Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah serta berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
3. Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal soleh.
4. Berdoa dengan mengadap qiblat dan mengangkat dua tangan sekira-kira nampak putih ketiak dan menyapu kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.
5. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.
6. Berdoa dengan disertai keredhaan hati, khusyuk jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut terhadap azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.
7. Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya.
8. Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa dengan menganggap doa tidak dikabulkan.
9. Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat atau ketika doa mudah dan cepat dikabulkan. Diantaranya:
i. Di 1/3 akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardhu.
ii. Ketika Lailatulqadar.
iii. Hari Arafah.
iv. Di bulan Ramadhan.
v. Hari dan malam Jumaat.
vi. Di antara azan dan iqamah.
vii. Ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan.
viii. Ketika sujud di dalam sembahyang.
xi. Ketika mendengar kokokan ayam.
x. Ketika waktu hujan.
xi. Ketika meminum air Zam-Zam.
xii.Ketika membaca al-Qur’an terutama apabila khatam.
xiii Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.
Berdoa menunjukkan ingatan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Mengingat Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa, sama ada di waktu senang mahupun susah. Begitulah juga dengan amalan berdoa, hendaklah dilakukan setiap masa, lebih-lebih lagi di waktu senang dan susah doa akan mudah diperkenankan.
Nabi s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. : Maksudnya : “Sesiapa
yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan
kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu sengan”. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
March 30, 2013
Jauhilah Dengki
Assalamualaikum
“Sabda Rasulullah s.a.w.: “Jauhilah olehmu sekalian
akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan,
sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.” Yakni, boleh menyebabkan
kufur.”
Semua
manusia yang dilahirkan di dunia pastinya mempunyai kekurangan dan
kelebihan.Malangnya ,kenapa manusia sering dengki mendengki antara satu sama
lain. Sepatutnya kita berasa senang dengan kesenangan dan kelebihan yang
diperolehi oleh saudara kita yang lain.
Oleh itu, kita hendak ELAKKANLAH dari mempunyai perasaan hasad dan dengki
demi kebaikan ummah.
March 23, 2013
Kisah Ramlah Bin Abu Sufyan
Assalamualaikum
Ramlah Binti Abu Sufyan merupakan puteri kepada seorang pemimpin Quraisy dan orang-orang musyrik hingga penaklukan Mekah. Namun, Ramlah binti Abu Sufyan tetap beriman sekalipun ayahnya memaksa dirinya untuk kafir ketika itu. Abu Sufyan tidak mampu memaksa anaknya ketika itu kerana anaknya menunjukkan pendirian yang kuat dan semangat yang tekad. Ramlah Binti Abu Sufyan rela menanggung beban yang melelahkan dan berat kerana memperjuangkan akidahnya.
Pada mulanya, beliau menikah dengan Ubaidullah bin Jahsy, seorang muslim seperti beliau. Tatkala kekejaman kaum kafir terhadap kaum muslimin, Ramlah berhijrah menuju Habsyah bersama suaminya. Disanalah beliau melahirkan seorang anak perempuan, yang diberi nama Habibah. Dengan nama anaknya inilah beliau digelar dengan Kun` yah Ummu Habibah.
Ummu habibah senantiasa bersabar dalam memikul beban lantaran memperjuangkan dirinya yang dalam keterasingan dan hanya seorang diri, jauh dari keluarga dan kampung halaman. Bahkan terjadi musibah yang tidak dia sangka sebelumnya.
Beliau bercerita,
"Aku
melihat dalam mimpi, suamiku dengan bentuk yang sangat buruk dan
menakutkan. Aku pun terperanjat dan bangun, kemudian aku memohon
perlindungan kepada Allah SWT dari hal itu. Ternyata tatkala pagi
suamiku telah memeluk agama Nasrani. Kuceritakan mimpiku kepadanya,
namun ia tidak mengubah pendiriannya."
Suaminya mencuba dengan segala kemampuan untuk memurtadkannya, namun Ummu Habibah tetap istiqamah. Bahkan beliau berusaha mengajak suaminya untuk kembali ke Islam, walaupun ditolak mentah-mentah dan malah suaminya semakin asyik dengan khamr. Hal ini berterusan hingga ia meninggal. Hari-hari berlalu di bumi hijrah, dengan ujian-ujian berat menemani Ummu Habibah. Tetapi dengan keimanan yang dikaruniakan Allah SWT, dirinya mampu menghadapinya.
Suatu malam, dia melihat dalam mimpinya ada yang memanggilnya;
"Wahai ummu mukminin...!"
Beliaupun terperanjat bangun. Beliau menakwilkan mimpi tersebut bahwa Rasulullah SAW kelak akan menikahinya. Setelah selesai masa iddah-nya, tiba-tiba ada seorang budak wanita (jariyah) dari Raja Najasyi yang memberitahukan kepada beliau bahwa Rasulullah SAW telah meminangnya.
Alangkah bahagianya beliau mendengar khabar gembira tersebut. Sehingga beliau berkata;
"Semoga Allah memberikan khabar gembira untukmu"
Kerana terlalu gembira dengan khabar itu, beliau menanggalkan gelang kakinya lalu diberikan kepada budak wanita yang membawakan perkhabaran tersebut. Setelah itu, beliau meminta Khalid bin Sa'id bin Al-‘Ash untuk menjadi wakil baginya menerima lamaran Raja Najasy.
Rasulullah bertemu dengannya pada tahun ke enam atau ke tujuh Hijriyah. Ketika itu Ummu Habibah berumur 40 tahun. Ummu Habibah menempatkan urusan agama pada tempat yang pertama. Beliau utamakan akidahnya daripada keluarga. Beliau menyatakan bahwa kesetiaan beliau adalah tidak berbelah bahagi untuk Allah dan Rasul-Nya bukan untuk seorang pun selain keduanya.
Sumber-http://sesuci-jiwa.blogspot.com/2011/05/ummu-habibah.html