December 10, 2022

Simpulan Tahun

Assalamualaikum

Tahun 2022 hampir menutup fasanya tidak lama lagi. Pastinya banyak perkara,peristiwa dan perubahan yang sudah berlaku tanpa kita sedar dan direncana terjadi. Peristiwa baik atau buruk yang berlaku sudah tentukan ada teladan dan pengajaran berguna untuk kita semua sebagai manusia di dunia ini.

Pada awal tahun ini, Covid19 masih menggila dan menjadi ancaman pada seluruh dunia. Banyak sekatan telah berlaku seperti larangan ke luar negara, ekonomi kurang mengembang dan peluang kerja tiada berapa banyak dek kerana banyak perniagaan jatuh tiada modal pusing dan untung. Namun kita semakin baik, ekonomi kembali stabil dan pelitup muka sudah tidak diperlukan lagi di kawasan awam mahupun kawasan tertutup.

Negara kita pun sudah mempunyai kerajaan baru. Gantian kerajaan sebelumnya yang mana untuk dua kerajaan yang sebelum ini untuk penggal 2018-2022 bukan kerajaan yang dipiliholeh rakyat. Moga kerajaan Perpaduan yang baru ini dapat menjaga dan mentadbir negara dengan baik. Alhamdulilah untuk PRU 15 ini berjalan lancar walaupun dijangka banjir di banyak tempat namun terkawal. PRU kali ini sangat menarik kerana Undi 18 boleh digunapakai dan sememangnya memberi kesan yang besar untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya.

Untuk tahun yang mendatang, semoga prestasi individu, perniagaan, ekonomi mahupun negara dapat ditingkatkan ke tahap terbaik. Harapan pintu rezeki dan peluang terbuka seluas-luasnya. Buat siapa yang sedang berusaha semoga berjaya. Bagi yang menuntut ilmu biar tamat bergraduasi. Buat yang mencari kerja atau jodoh, didoakan bertemu kerjaya yang sesuai dan jodoh yang baik. Kuatkan kewangan, rancang perbelanjaan dan gunakan wang sebaik-baiknya.

GOOD LUCK 2023






May 11, 2021

Kerajaan Hari Ini

 Assalamualaikum


Pada hari ini negara kita menghadapi cabaran besar dalam menangani wabak Covid-19 yang masih menjadi isu dan hal yang membimbang semua rakyat negara dan dunia. Jumlah kes diperingkat masih meningkat dengan banyak walaupun jumlah pengeluaran vaksin juga telah meningkat. Siapa sangka bermula di Wuhan China merebak ke seluruh dunia. Negara yang paling dikira paling maju(Amerika Syarikat) pun 'tewas' hingga masih memegang rekod paling tinggi kes. Kini negara India mengada serangan covid 19 yang amat hebat dengan mencatatkan enam angka kes harian dan ribuan kematian setiap hari.

Perkara amat membimbangkan bukan sahaja di India tetapi di negara kita Malaysia. Kes juga meningkat padahal Perintah Darurat sudah dilaksanakan dan sekarang siri ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mana salahnya strategi ini? Rakyat? Pemerintah? 

Ini yang perlu kita ambil pengajaran dan cuba selesaikan.

Kepada Pemerintah :

Tolong jangan ada golongan yang perlu di 'double standard' kan. Semua kesalahan hendaklah dihukum setimpal tanpa mengira tahap status kedudukan kaya atau miskin, golongan artis dan lain-lain. Buatlah dasar yang kukuh bukan last minute dan tidak teratur. Seeloknya bukalah parlimen buka tutup tanpa sebab yang konon lagi memudah menangini Covid tetapi satu pun tidak jalan. Ekonomi entah kemana, kebajikan rakyat entah mana hilang. 

Hukuman seperti langgar SOP misalnya perlu bayar Rm10000 hendaklah sama bagi semua orang. Janganlah golongan bawahan bayar lebih tetapi golongan kayangan diberi "discount". Ini semua sekarang ini dalam fasa survival. Bukan semua mampu untuk sara kehidupan. Menteri tolongkan tunjuk contoh yang baik bukan mengata rakyat salah. Anda dibayar mahal bukan seperti kami gaji biasa-biasa sahaja. Rencana perancangan yang memberi kesan baik jangka panjang agar tidak berulang seperti PKP ini. Berulang tapi masih gagal.

Untuk sektor ekonami yang memyumbang jumlah kes yang besar saya cadang jika tidak boleh tutup, harapnya lakukanlah pengiliran sektor untuk beroperasi mengikut daerah mukim atau daerah. Industri besar masih boleh survive jika ditutup buat sementara waktu berbanding industri kecil atas dasar modal rolling dan untung bersih.


Kepada Rakyat :

Semoga tabah dan terus ikut prosedur standard yang telah ditetapkan seperti menjaga jarak sosial, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan. Nak kritik kerajaan boleh tapi kita juga penyumbang peningkatan kes jika tidak menghirau arahan-arahan tersebut. Daftar vaksin dengan segera dan elakkan berkumpul beramai-ramai. Hari raya pada tahun ini memang ramai marah sebab masih tidak dapat pulang ke kampung halaman. Sama saya tapi harapnya dengan kerjasama semua pihak, pada tahun depan dapat pulang. 

SEMOGA COVID 19 HILANG DAN KEAMANAN NEGARA SEMAKIN PULIH


March 31, 2020

Impak Covid 19 Kepada Negara

Assalamualaikum
Covid-19: Total cases so far (updated daily) | The Star Online
Hai, seperti semua sedia maklum bahawa wabak pandemik Novel Corona Virus (Covid19), telah pun menjadi satu ancaman kepada seluruh masyarakat bumi. Pada mulanya dikesan di Wuhan, China namun virus ini telah merebak hampir keseluruh dunia, Negara kita Malaysia pun turut terkena tembiasnya.Lebih kurang 175 negara terbabit,

     Buat masa sekarang negara Amerika Syarikat telah mencatat jumlah kes yang terbanyak iaitu lebih 100 000 kes, Manakala jumlah tertinggi kematian , Itali mencatatkan jumlah paling iaitu lebih 10 000 kes. Sesungguh perkara ini amat membimbing kepada kita semua tiada kira individu,masyarakat dan negara. Jika perkara berteruskan akan mengugat kestabilan ekonomi,pendapatan dan kesejahteraan negara.

      Ekonomi negara akan merosot kerana banyak institusi perniagaan daripada pelbagai sektor akan terjejas. Sektor pelancongan akan terjejas teruk kerana banyak pusat perlancongan akan ditutup , hotel-hotel akan kurang mendapat sambutan dan jumlah pelancong yang masuk ke negara akan berkurangan. Perkara ini akan menyebabkan negara akan kurang menjana pendapatan, pengusaha indusri pelancongan akan mengalami kerugian dan pihak penerbangan akan mengalami pengurangan jumlah penerbangan.

    Kadar kehilangan pekerjaan juga akan meningkat. Perkara ini berikutan, pihak majikan barangkali tidak mampu untuk menampung kos-kos yang terjejas semasa ketiadaan jual beli dan penghasilan perniagaan. Pihak majikan akan merasa terbeban dimana jumlah jualan akan berkurang manakala kos-kos seperti sewa, kos pemprosesan , gaji pekerja dan kos lain-lain masih perlu dibayar. Jika kadar kehilangan pekerjaan, perkara akan membuat ramai akan gelisah dan susah hati kerana sumber pendapatan akan terjejas teruk. Setiap keluarga mempunyai keperluaan tersendiri, jika ramai tanggungannya dan sumber pendapatan terjejas pasti tak sedap badan dan kepada memikir apa yang perlu dilakukan untuk teruskan hidup. Disebabkan Covid19 banyak perniagaan tidak berjalan kecuali industri penting seperti penyiaran, makanan dan lain-lain. Selebihnya hanya melakukan kerja di rumah (Job from home).

     Bukan hanya bidang pekerjaan akan terjejas, pendidikan juga terjejas. Institusi pendidikan seperti sekolah kebangsaan(SK), Sekolah menengah kebangsaan menengah(SMK), Universiti Awam dan Universiti Swasta terpaksa ditutup. Perkara ini untuk keselamatan kesemua pelajar agar wabak ini tidak merebak lebih pantas dan meluas. Andaikan wabak ini tidak dapat dikawal, segala perancangan pendidikan akan terjejas. Segala peperiksaan penting akan ditangguhkan , semester akan terjejas dan menganggu perjalanan akademik sesebuah institusi pendidikan.

    Akhir kata, marilah bersama-sama berdoa agar wabak ini akan berkurangan dan hapus. Duduk di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), sekiranya baru pulang dari luar negara terus asingkan diri dan kuarintin (14 hari) dan siapa yang ada gejala Covid19 terus pergi ke pusat kesihatan terdekat. Semoga hari-hari yang kita hadapi ini akan berakhir tidak lama lagi. Kepada pihak ahli perubatan yang terlibat dalam merawat pesakit-pesakit di hospital diberikan kesihatan dan kekuatan, sesungguhnya anda adalah insan yang hebat dan terpilih. Hanya Tuhan dapat menbalas jasa dan penat lelah tersebut.

Stay Safe & Stay At Home
Malaysian front-liners are politely urging you to stay the f*ck ...
  

February 8, 2019

Pengalaman Lawat Rumah Anak Yatim

Assalamualaikum

Pada hari ini, aku nak berkongsi sedikit pengalaman melawat ke rumah anak yatim. Actually kami lakukan pada tahun lepas untuk carrymark pada subjek MGT. Kami telah pergi ke Pusat Jagaan Amal Asyura yang terletak di Sungai Buloh,Selangor Darul Ehsan. Kami dari Uitm Puncak hendak ke kawasan tempat tidaklah jauh. Tengah berborak-borak dalam bas , dalam 20 minit lebih kurang sampai ke lokasi yang dituju.
Setelah sampai, kami membawa keluar semua barang yang diberikan untuk keperluan aktiviti sepanjang program ini. Peserta yang terlibat semuanya daripada kalangan classmate aku. 26 orang kesemuanya. Apa yang membuatkan aktiviti ke rumah ini lain kerana 3 orang classmate aku ini dorang dalam pelajar exchange dari Germany. Jangan ingat Uitm semuanya Bumiputera sahaja, ada juga pelajar international yang lain. Takdelah orang nak kata pelajar Uitm ini tak bergaul & fikiran tak berkembang hahaha.
Tulah kawan-kawan aku (Ifwat, Navroop, Philipp Lond dan Usama). Tiga orang dari kiri tu dorang dari Germany. Tetapi tak nampak sangat macam matsaleh sebab dorang ni ada yang mix Pakistan dan Turkey. Dorang pun sporting dan memberi kerjasama yang baik ketika aktiviti disana tempoh hari. Kitorang jadi translator untuk dorang bila nak bercakap dengan adik-adik disini. Di pusat amal menetapkan kanak yang berumur 3 tahun hingga 11 tahun. Korang boleh tengok gambar semasa aktiviti yang telah dijalankan.






Adik-adik di Pusal Amal Asyura sangatlah comel dan bijak-bijak semua. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Melalui lawatan ini belajar banyak benda baru yang mana kemahiran untuk berinteraksi dengan anak-anak kecil dan berkongsi sedikit kasih sayang. 
Sebelum pulang, kami menangkap gambar sebagai kenang-kenangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...