December 20, 2018

Sayangi Dirimu

Assalamualaikum
    
Sayang boleh dirujuk kepada satu perasaan yang mana kita merasakan sesuatu itu penting dan kalau boleh kita hendak memastikan sesuatu itu dalam keadaan yang terbaik. Tanpa membiar apa yang kita sayang itu terjejas dan tercemar. Kita akan melindungi daripada apa-apa yang boleh merosakkan dan akan membaiki serta pulihkan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.Perasaan sayang boleh disalurkan melalui banyak saluran seperti keluarga,agama dan diri sendiri.

Untuk post ini, hanya untuk mengingatkan diri sendiri untuk sayangilah dirimu,

Janganlah melakukan perkara yang boleh merosakkan dirimu

Jagalah maruah dan harga dirimu

Jagalah akhlak dan tingkah lakumu

Sibukkan diri dengan melakukan aktiviti berfaedah

Teruskan dengan amalan kebaikanmu,jangan hiraukan cakap belakang ke atasmu

Berkawan dengan kawan yang boleh membimbing dirimu ke arah kebaikan

Banyak beribadah dan mendekatkan diri kepada Tuhan

Banggakan ibu bapamu dan balas jasa mereka


SEMOGA BERJAYA !!!







August 13, 2018

Kenapa Perlu Menentang LGBT ?

Assalamualaikum
Isu hak LGBT kini menjadi isu yang hangat diperkatakan yang mana golongan tersebut ingin mendapatkan hak yang sama seperti orang lain. Pendapat saya dalam hal ini ialah saya sama sekali tidak setuju perkara ini diberikan hak yang sama iaitu mengiktiraf golongan di negara ini.Sekiranya mereka ingin diterima orang masyarakat, sepatutnya mereka perlu menerima diri mereka sendiri yang mana telah pun diciptakan sempurna oleh Tuhan tetapi mereka tidak bersyukur dan mengikut hawa nafsu.

Oleh itu, kita hendaklah kepada kepada normalisasi manusia yang mana lelaki dengan perempuan bukannya sesama jantina yang sama.Fitrah manusia adalah indah bukannya aneh seperti apa yang dilakukan oleh golongan-golongan LGBT.  Ingatlah perlakuan mengubah jantina daripada lelaki kepada perempuan atau sebalik adalah perkara yang sia-sia dalam proses yang dilakukan adalah  amat sakit dan mempunyai risiko yang banyak.Kenapa perlu sakit hanya disebabkan untuk mengikut nafsu songsang?
Saranan saya dalam isu ini, mana-mana pihak tidak perlu membela golongan pengamal LGBT yang menuntut hak asasi kononnya, padahal itu hanya nafsu serakah semata-mata.Mereka bukan minoriti yang didiskrinasi. Sekiranya golongan diberikan hak pasti masalah sosial makin menjadi-jadi, penularan penyakit berbahaya dan macam-macam lagi.Pemimpin negara hendaklah bertegas dalam hal ini, jangan memberi muka kepada perjuangan golongan ini yang mana beri banyak kemudaratan , tambahan pula negara ini negara Islam dan para pemimpin juga ramai yang beragama Islam.

Kepada Dr Nur Ilyani semoga tidak dikenakan apa-apa tatatertib dan tahniah atas teguran yang berani dan bernas. Semoga semua orang dapat mengamal budaya hidup yang sihat dan janganlah terjebak dengan perkara ini kerana hal ini memberikan impak yang tidak baik kepada masyarakat,agama dan negara.


July 30, 2018

Kepentingan Amalan Kesukarelawan

Assalamualaikum
Sukarelawan merujuk kepada individu atau kumpulan yang melakukan sesuatu kerja atau tugasan tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan atau bayaran, Sukarelawan ataupun dalam istilah bahasa inggeris ialah "volunteer". Aktiviti sukarelawan boleh dilakukan dalam apa jua situasi , tidak kiralah semasa bencana alam atau dalam kesusahan , asalkan dapat menolong ke arah kebaikan. Sukarelawan dapat dilaksanakan di mana-mana sahaja mungkin di rumah, di sekolah atau di tempat kerja.

Amalan ini sebenarnya membawa banyak manfaat kepada seseorang individu , organisasi mahupun sesebuah negara. Dari sudut individu , seseorang itu dapat menimba ilmu dan memperoleh pengalaman yang berhargai ketika melakukan aktiviti semasa menjadi volunteer. Contohnya mengikut aktiviti kesukarelawan ke kawasan pedalaman , pastinya beza dengan aktivti kesukarelawan di peringkat Universiti . Bukankah mempunyai pengalaman yang berharga lebih baik daripada segulung ijazah.

Dari sudut organisasi dan negara pula,  aktiviti kesukerelawan dapat memberikan impak yang positif tanpa memerlukan masa yang lama dan mengurang kos . Perkara ini dapat dilihat apabila sesebuah organisasi memerlu pertolongan , individu yang ringan tulang akan cepat bertindak untuk memberikan pertolongan. Apabila sesebuah negara menghantar para-para sukerelawan di peringkat antarabangsa, imej sesebuah akan dipandang tinggi kerana mempunyai semangat setia kawan. Perkara ini, kita dapat lihat dalam kes baru-baru ini yang mana sebuah pasukan bola sepak di Thailand terperangkap di gua. Ada individu yang pakar dalam aktiviti menyelamat dan menyelam turut membantu walaupun mereka bukanlah warganegara untuk negara tersebut . Perkara ini amat yang bagus dan patut dipuji. Hasilnya 12 orang yang terperangkap tersebut dapat diselamat dengan jayanya.

Image result for thailand cave rescue success Image result for thailand cave rescue success






July 25, 2018

Cerita Go Back Couple (2017)

Assalamualaikum
Image result for go back couple
Hari ini, saya nak bercerita sedikit tentang satu drama yang baru sahaja saya tengok yang bertajuk "Go Back Couple" ataupun dikenali sebagai "Confession Couple". Drama ini mengandungi 12 episod yang mana tidaklah terlalu banyak berbanding drama-drama lain. Walaupun drama telah dikeluarkan pada tahun lepas (2017) , namun mesej yang disampaikan melalui drama amat bagus dan baik.Drama ini sesuai ditonton oleh masyarakat umum kerana banyak mesej berkenaan kasih sayang dan kekeluargaan.

Drama ini dibintangi oleh Jang Nara (Ma Jin-Joo) , Son Ho Joon ( Choi Ban Do) , Kim Mi-Kyung (Go Eun Sook) dan ramai lagi. Cerita ini mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Jang Nara (Ma Jin-Joo) dan Son Ho Joon ( Choi Ban Do) ketika itu pada tahun 2017 mengalami konfliks dalam rumahtangga lalu memutuskan untuk berpisah . Setelah berpisah kedua dua pasangan tersebut membuang cincin perkahwinan mereka, namun selepas tersedar daripada tidur , mereka secara tiba-tiba telah kembali pada tahun 1999 yang mana ketika itu mereka masih belajar di Universiti. Perkara ini nampak fantasi, tetapi saya sebagai penonton pun dapatlah flashback sikit masa-masa belajar dulu.

Pada tahun 1999 tersebut merupakan tahun yang Ma Jin-Joo dan Choi Ban Do bertemu dan bercinta. Namun ketika mereka kembali pada tahun tersebut , mereka bergaduh , menikmat hari kembali muda serta secara tidak langsung memperbaiki hubungan mereka. Salah satu babak penting yang boleh membuat penonton tersentuh adalah ketika Ma Jin Joo dapat bertemu ibunya iaitu Go Eun Sook yang mana dalam alam nyata sudahpun meninggal dunia. Pada saat itu Ma Jin Joo tidak melepas peluang untuk menyata perhargaan kepada ibunya dan meluangkan masa melakukan aktivti bersama. Kita sebagai anak pun akan melakukan perkara yang sama sekiranya dapat diundurkan masa. Oleh itu itu hargailah ibubapa kita selagi masih ada peluang dan ruang.

Ending pada drama ini, akhirnya pasangan tersebut kembali bersama dan hidup gembira. Mereka yang ketika itu pada tahun 1999 kembali ke tahun semasa iaitu tahun 2017. Untuk lebih lengkap bolehlah tengok drama ini. Selamat menonton !




(Ini adalah pelakon drama in, beliau juga seorang penyanyi, siapa pernah dengar lagu ini, dia legend )

July 22, 2018

Apa khabar semua ?

Assalamualaikum
gif, hi, and jared leto image
Haii semua !! Apa khabar ? Lama sudah saya tidak update blog , harap-harap adalah lagi yang sudi membaca blog ini. Kira-kira hampir 4 tahun juga saya tidak membuka dan meninggalkan blog ini penuh dengan sawang-sawang hahaha. Kali terakhir diupdate pada tahun 2014 namun kini sudah pun pertengahan 2018. Barangkali saya terlalu sibuk untuk mengemas kini blog. Sekarang ini , baru ada rasa masa lapang dan mood untuk ke berblogging kembali.

Semoga kalian yang baca post ini sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki. Setakat ini sahaja dahulu, lain waktu akan ada post-post yang baru dan bermanfaat .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...