March 31, 2012

Gambar Kreatif LOL II

Assalamualaikum :)




March 18, 2012

Kisah Serigala Dengan Nabi Yaayub A.S

 
Assalamualaikum
Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa suatu hari saudara-saudara Nabi Yusuf A.S telah datang dengan membawa seekor serigala yang ditangkap oleh mereka dengan cara paksa lalu ditunjukkan kepada ayah mereka Nabi Yaayub dengan berkata: ''Waha ayah,inilah serigala yang telah memakan Yusuf.''

Apabila Nabi Yaakub mendengar penjelasan anak-anaknya itu maka dia pun bersendirian dengan serigala itu,Nabi Yaakub sembahyang dua rakaat dan kemudiannya beliau berkata kepada serigala yang di depannya itu:''Wahai serigala apakah benar kamu telah memakan anakku Yusuf yang menjadi kesayanganku?''

Setelah Nabi Yaakub berkata demikian maka Allah S.W.T pun mengizinkan serigala itu berkata-kata:
Wahai Nabi Yaakub,aku berlindung dengan Allah,ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya daging para nabi tidak akan dimakan oleh bumi,tidak akan dimakan oleh api dan tidak akan dimakan oleh binatang-binatang buas.Sebenarnya anak-anak kamu telah menangkap aku dengan kekerasan dan membawa aku kepadamu.

Mendengarkan kata-kata serigala itu maka tahulah Nabi Yaakub bahawa anak-anaknya itu telah berdusta padanya,kemudian Nabi Yaakub bertanya lagi:''Wahai serigala katakan kepadaku bagaimanakah kamu boleh jatuh ke tangan mereka? dan ke manakah tujuan kamu.''

Kata serigala:''Wahai Nabi Yaakub, sebenarnya saya ini dari daerah Jurjan dan sedang dalam perjalanan untuk bertemu saudara saya di Kan'an,kami bersaudara kerana Allah.''

Tanya Nabi Yaakub:''Wahai serigala mengapa kamu hendak mengunjunginya?''

Kata serigala:''Wahai Nabi Yaakub,ayahku telah mengatakan dari nenekku, dan nenekku dari nenekmu Nabi Ibrahim A.S beliau telah berkata ''Barang siapa mengunjungi saudaranya yang bersaudara kerana Allah,maka Alllah S.W.T mencatat baginya seribu kebaikan dan menghapuskan seribu kejahatan,dan diangkat baginya seribu darjat serta akan diselamatkannya dari seksa pada hari kiamat dengan sebab kunjungannya kepada saudaranya.Dan Allah S.W.T akan mengumpulkan dia dan saudaranya itu di syurga seperti kumpulnya jari telunjuk dengan jari tengah.''


Kata serigala tu lagi :''Saya hendak mengunjungi saudara sesusuan saya kerana saya dengar berita tentang kematiannya dan saya berasa sungguh sedih.''

Kemudian Nabi Yaakub berkata:''Tulislah oleh kamu sekalian hadis dari serigala ini.''

KISAH INI DITERANGKAN DALAM SURAH YUSUF AYAT 13-18


March 17, 2012

Kisah Katak Dengan Nabi Daud A.S


 
Assalamualaikum
Dalam sebuah riwayat menerangkan bahawa pada suatu masa Nabi Daud A.S telah keluar ke suatu tempat untuk beribadat, beribadatlah Nabi Daud di tempat yang dipilihnya selama setahun.Setelah genap setahun Nabi Daud beribadat kepada Allah S.WT maka beliau pun berdoa:
''Ya Rabbi, ya Tuhanku.Telah bongkok punggungku dan telah lemah mataku dan kering air mataku, tetapi aku belum tahu lagi bagaimanakah keadaan nasibku?''

Setelah Nabi Daud berkata demikian maka Allah S.W.T menyuruh katak yang berada di tempat itu menjawab soalan Nabi Daud A.S itu

Firman Allah S.W.T pada kata yang bermaksud :
''Wahai katak, jawablah pertanyaan hambaku Daud itu.''

Kemudian dengan izin Allah S.W.T maka berkata katak itu: ''Wahai Nabi Daud ,wahai nabi utusan Allah.Apakah yang membuat kamu berkira-kira pada ibadatmu yang setahun itu, demi Allah yang mengutus kamu menjadi nabi.Aku sendiri pun telah hidup di hutan ini selama 30 atau 60 tahun sentiasa bertasbih,bertahmid kepada Tuhan.Walaupun begitu lama tetapi sendi-sendiku tetap gementar kerana takut kepada Tuhanku.''

Setelah Nabi Daud mendengar penjelasan dari pada katak itu maka menangislah beliau dengan kesal.

Pengajaran daripada kisah ini :
  • Janganlah kita berkira-kira dengan amal dan dibadatnya kita lakukan 

March 16, 2012

Fakta-Fakta Menarik Tentang Kucing

 


* Tahukah anda, Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!. Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!. Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!

* Kucing boleh mengeluarkan lebih dari 100 bunyi,manakala anjing hanya boleh mengeluarkan 10.

* Kucing mempunyai 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia)

* Kucing adalah haiwan nokturnal,iaitu aktif diwaktu malam

* Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.

* Kucing adalah haiwan jenis karnivor

* Kucing mempunyai bulu yang berfungsi mirip seperti misainya di belakang kaki depan mereka

* Kucing punya 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia)

* Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana coklat memiliki bahan kimia theobromine)

* Aspirin boleh mendatangkan kematikan bagi kucing (hati kucing tidak mampu melarutkan enzim untuk metabolisme aspirin)

* Ada penyakit yang bernama jerawat kucing (feline acne)

* Ada penyakit mirip AIDS pada kucing yang disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus)

* Kucing parsi adalah salah satu jenis kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular

* Birman, kucing bermata biru ini dipercayai sebagai keturunan dari kucing kuil di Birma

* Kucing jenis Turkish Van menyukai air sampai kucing jenis ini mendapat nama julukan Turskish Swimming Cat

* Nada E pada oktava keempat boleh memaksa kucing muda membuang air besar dan kucing dewasa menjadi terangsang (Drs. Morin dan Bachrach)

* Kucing boleh pulang ke rumah meskipun korang membuangnya beberapa kilometer dari rumah.

* Kucing punyai kebolehan menenangkan manusia (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil)

* Kucing adalah pemburu yang oportunis (burung, tikus, serangga, kodok, manapun yang lebih mudah diburu)

* Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi mereka yang membunuh kucing adalah hukuman mati

* Kita masih lagi di zaman Mesir kuno, sekiranya ada kucing peliharaan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur kening mereka sebagai tanda berkabung

* Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan

* Jangan korang tak tau kucing pun ada yang kidal juga tau

* Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya

* Kucing boleh lari sampai 50 km/jam

* Penglihatan kucing adalah enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya

* Kucing tidak mengiau kepada kucing sesuka hati yang kecuali pada waktu-waktu tertentu

* Kucing mandi (menjilat dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya atau untuk menenangkan diri

* Kucing tidak boleh berpeluh

* Kucing boleh mendengar ferkuansi tinggi sampai 65 kHz

* Jantung kucing berdegup dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan perminit)

* Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius

* Kucing jantan boleh mulai mengawan setelah berumur antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan

* Pemerintah terkenal dahulu kala Julius Caesar dan Napoleon menderita ailurophobia (iaitu takut terhadap kucing)

* Semua kucing lahir dengan mata biru

* Keluarga kucing adalah salah salah satu mamalia tertua

* Orang Mesir kuno percaya bahawa Bast(Dewi Matahari Dan Peperangan) adalah ibu dari semua kucing

* Kucing hitam pembawa sial adalah tahayul dari negara Amerika. Di Asia, kucing hitam dianggap pembawa keberuntungan

* Kucing dengan corak bulu calico dan tortoiseshell biasanya betina

* Kucing lebih senang kalau bermain dalam jumlah anggota genap

* Air kencing kucing bersinar dalam cahaya yang samar atau gelap

* Catnip (sejenis herba) sangat disukai kucing kerana baunya sama dengan bau kucing betina dominan

* Kucing boleh mendermakan darahnya untuk kucing lain

* Darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adalah sama dengan darah manusia jenis AB

* Kucing memiliki kelopak mata ketiga yang disebut haw (bahasa inggeris)

* Kucing punya lapisan bulu asli di bawah bulunya

* Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya

* Felix the Cat adalah karakter kucing kartun pertama yang dibuat menjadi belon parade

* Florence Nightingale memelihara lebih dari 60 ekor kucing selama hidupnya

* Pada tahun 1888, 300000-an mumia kucing ditemukan di Beni Hasan, Mesir, dijual $18,43 perton, dikirim ke Inggeris untuk digiling dan dijadikan Bedak. 

Ainul Mardiah (Bidadari Syurga)

 


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,
tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Dah baca jom dengar lagu ini


Credit to : http://wirapendang.blogspot.com

March 15, 2012

Ciri-Ciri Sahabat Sejati Daripada Imam Al-Ghazali

 


Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya:''Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  3. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, da akan membalas balik persahabatan kamu.
  5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannnya.
  9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  10. Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
  12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Dah baca , jom dengar lagu ini

March 14, 2012

Pencipta Origami

Akira Yoshizawa 

Pencipta teknik origami atau Bapa Seni Origami, Akira Yoshizawa hari ini ulang tahun yang ke 101 dan diperingati oleh Google.Cuba korang buka Google.  Model origami, bentuk origami, teknik origami, belajar lipat kertas origami, buku khusus origami, semua telah beliau ciptakan.Beliau lahir pada 14 Mac 1911 dan mati pada 14 Mac 2005(94 tahun).


Wordless Wednesday#1



Bersyukurlah kita sebagai hamba Allah.

March 11, 2012

Kenapa Ikan Tiada Lidah?



Kenapa ikan tidak ada lidah?Nak tahu jom bace !!!

"Rasulullah s.a.w bersabda. “Sejahat-jahat manusia pada Hari Qiamat nanti,ialah org yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di Hari Kiamat kelak, dia akan mempunyai dua lidah, dr lidah api neraka jahannam.”

Sabda Rasulullah lagi,Tidak akan masuk syurga org yang suka membesar-besarkan cerita. “Bila di Tanya apakah hikmah nya baginda menjawab, Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, samaada yang boleh berkata-atau tidak boleh berkata-kata.”

Salah seorang sahabat pun bertanya, “Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah s.a.w, “Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s. maka di perintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepada nya.Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dr syurga dan dan di hapuskan rupanya yang elok itu, lalu di hantar iblis ke bumi.Apabila di turunkan ke bumi, iblis terus turun ke laut. Pertama sekali yang di jumpai oleh iblis ialah ikan."

Iblis pun menceritakan keburukan kekurangan Adam a.s kepada ikan.katanya “Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di laut dan juga di darat.” Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu,ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu di hilangkan lidah ikan agar tidak menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...