March 17, 2012

Kisah Katak Dengan Nabi Daud A.S


 
Assalamualaikum
Dalam sebuah riwayat menerangkan bahawa pada suatu masa Nabi Daud A.S telah keluar ke suatu tempat untuk beribadat, beribadatlah Nabi Daud di tempat yang dipilihnya selama setahun.Setelah genap setahun Nabi Daud beribadat kepada Allah S.WT maka beliau pun berdoa:
''Ya Rabbi, ya Tuhanku.Telah bongkok punggungku dan telah lemah mataku dan kering air mataku, tetapi aku belum tahu lagi bagaimanakah keadaan nasibku?''

Setelah Nabi Daud berkata demikian maka Allah S.W.T menyuruh katak yang berada di tempat itu menjawab soalan Nabi Daud A.S itu

Firman Allah S.W.T pada kata yang bermaksud :
''Wahai katak, jawablah pertanyaan hambaku Daud itu.''

Kemudian dengan izin Allah S.W.T maka berkata katak itu: ''Wahai Nabi Daud ,wahai nabi utusan Allah.Apakah yang membuat kamu berkira-kira pada ibadatmu yang setahun itu, demi Allah yang mengutus kamu menjadi nabi.Aku sendiri pun telah hidup di hutan ini selama 30 atau 60 tahun sentiasa bertasbih,bertahmid kepada Tuhan.Walaupun begitu lama tetapi sendi-sendiku tetap gementar kerana takut kepada Tuhanku.''

Setelah Nabi Daud mendengar penjelasan dari pada katak itu maka menangislah beliau dengan kesal.

Pengajaran daripada kisah ini :
  • Janganlah kita berkira-kira dengan amal dan dibadatnya kita lakukan 

6 comments:

  1. singgah and follow sini . jom datang blog sayaa :)

    ReplyDelete
  2. btl tu.. jgn berptus asa dengn amal ibadah kpd Allah.. ikhlas krn Allah even susah nk capai tahap ikhlas tu

    ReplyDelete
  3. ye betul tu :)
    ikhlas dalam melakukan apa jua perkara :)

    ReplyDelete
  4. Kelab blogger : done follow
    Hit back .
    Thanks.

    ReplyDelete
  5. subhanallah...
    good reminder.. thanks.. :)

    ReplyDelete
  6. subahanallah.. ALLAh tidak suka pada hamba NYA yang menrugut.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...