December 10, 2022

Simpulan Tahun

Assalamualaikum

Tahun 2022 hampir menutup fasanya tidak lama lagi. Pastinya banyak perkara,peristiwa dan perubahan yang sudah berlaku tanpa kita sedar dan direncana terjadi. Peristiwa baik atau buruk yang berlaku sudah tentukan ada teladan dan pengajaran berguna untuk kita semua sebagai manusia di dunia ini.

Pada awal tahun ini, Covid19 masih menggila dan menjadi ancaman pada seluruh dunia. Banyak sekatan telah berlaku seperti larangan ke luar negara, ekonomi kurang mengembang dan peluang kerja tiada berapa banyak dek kerana banyak perniagaan jatuh tiada modal pusing dan untung. Namun kita semakin baik, ekonomi kembali stabil dan pelitup muka sudah tidak diperlukan lagi di kawasan awam mahupun kawasan tertutup.

Negara kita pun sudah mempunyai kerajaan baru. Gantian kerajaan sebelumnya yang mana untuk dua kerajaan yang sebelum ini untuk penggal 2018-2022 bukan kerajaan yang dipiliholeh rakyat. Moga kerajaan Perpaduan yang baru ini dapat menjaga dan mentadbir negara dengan baik. Alhamdulilah untuk PRU 15 ini berjalan lancar walaupun dijangka banjir di banyak tempat namun terkawal. PRU kali ini sangat menarik kerana Undi 18 boleh digunapakai dan sememangnya memberi kesan yang besar untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya.

Untuk tahun yang mendatang, semoga prestasi individu, perniagaan, ekonomi mahupun negara dapat ditingkatkan ke tahap terbaik. Harapan pintu rezeki dan peluang terbuka seluas-luasnya. Buat siapa yang sedang berusaha semoga berjaya. Bagi yang menuntut ilmu biar tamat bergraduasi. Buat yang mencari kerja atau jodoh, didoakan bertemu kerjaya yang sesuai dan jodoh yang baik. Kuatkan kewangan, rancang perbelanjaan dan gunakan wang sebaik-baiknya.

GOOD LUCK 2023






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...