April 30, 2012

Jom Berzikir

Assalamualaikum
Dosa itu sesuatu yang meresahkan. Tidak ada ketenangan dan kebahagiaan dalam melakukan dosa. Jika adapun hanya sementara, kemudian rasa gelisah itu akan datang lagi dengan lebih menggigit. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat.
Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi berdosa dengan Allah.
Ighfir zunuubana Ya Allah
[Muhammad Jihad, Solusi Isu 36]


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah berfirman : ‘Aku bersama hambaKu selagi mana ia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir).’”

[Riwayat Ahmad dan Ibn Majah]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...