Assalamualaikum
Tidak
sukar untuk beroleh rahmat tetapi tidak sukar juga untuk mendapat kehancuran.
Semuanya bergantung pada diri sendiri dan sejauh mana kita melihat peranan kita
sebagai makhluk dan hamba kepada Allah.
Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu
takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada
ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga
perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum
seseorang dengan dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Abu Syeikh)
Tiga
perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu : 1. Sentiasa menjaga tingkah laku kerana Allah Maha Melihat dan Mendengar apa jua yang dilakukan. Malah setiap amalan itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagiaan atau ditimpa celaka dalam hidupnya.
2. Berlaku adil, maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa wujud diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak, yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk saja, malah dalam menjaga hubungan dengan Tuhan.
3. Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana amalan ini akan menyelamatkan seseorang itu daripada menyesal pada kemudian hari.
Selain itu, Rasulullah turut berpesan mengenai tiga perkara lain yang akan membinasakan manusia iaitu :
1. Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.
2. Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.
3. Kagum dengan diri sendiri, ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadi seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain, menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.
Ketahuilah, setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya. Begitu juga dengan perkara yang baik, pasti ada kemuliaannya.
untuk peringatan diri sendiri
ReplyDeleteNak yang awesome , MELETOPS , WOW ,
ReplyDeletehttp://yayalarhsecret.blogspot.com/p/awesome-ga-in-blog.html .
Buat blog btambah comel ?
http://yayalarhsecret.blogspot.com/p/tutorial_5790.html
Ingin direview ?
http://yayalarhsecret.blogspot.com/p/review-blog.html