December 8, 2014

Nasihat Si Pengutip Sampah

Assalamualaikum


Kisah ini berlaku pada beberapa tahun yang lepas.Perkara ini berlaku kepada diri saya sendiri ketika hendak pulang ke asrama. Sekolah saya hanyalah sekolah menengah yang biasa sahaja bukanlah sekolah berasrama penuh.Kiranya boleh dipanggil sebagai asrama harian.Hakikatnya rumah saya tidak beberapa jauh dengan sekolah sebenarnya.Sekadar ingin mengambil pengalaman menjadi pelajar asrama sahaja.

Ingin dijadikan cerita, ketika itu saya baru sahaja ingin masuk ke asrama dan pada masa yang sama lori sampah pula ingin keluar dari kawasan asrama.Ketika itu, saya berselisih dengan mereka dan tiba-tiba ada seorang pakcik berkata sesuatu kepada saya.

"Adik belajar bersungguh-sungguh tau, walaupun pakcik kerja macam ini tetapi anak pakcik sekarang berada di Universiti"


Selepas itu, pakcik  itu pun beransur. Setelah mendengar nasihat tersebut, saya berasa amat kagum dengan nasihat yang diberi dan memberikan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Andai anak pengutip sampah pun boleh berjaya, kenapa tidak kita pub boleh berjaya.

Oleh itu, janganlah kita suka menilai orang daripada segi luaran atau daripada pelbagai aspek.Gunakan peluang dengan sebaik-baiknya untuk belajar bersungguh-sungguh.Tidak ada apa pada rupa sekiranya ilmu tidak ada.Kita hendaklah mendengar nasihat yang boleh mendatangkan kebaikan tanpa mengikut status ,pangkat atau kedudukan.

Carilah rezeki yang halal ,walaupun hanya berkerja sebagai pengutip sampah sekalipun.Pastinya akan mendapat berkat daripada Tuhan.Jika rezeki didapati daripada jalan yang haram pastinya akan membawa kecelakaan kelak.


  


5 comments:

  1. kesian kannn..mcm touching.. kat rumah sy tiap2 hari ada sorg pakcik ni dengan anak dia kutip sampah..i mean cari botol & tin kosong..sedih tengok.. walaupon budak laki tu hensem mcm farid kamil, cool je die korek sampah dgn ayah dia=(

    ReplyDelete
  2. Pakcik ni ada pelaburan terbaik dunia dan akhirat :)

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
  3. Walaupun dia pengutip sampah tapi kerjanya sangat mulia... membersihkan yang kotor dan memberi keselesaan kepada orang lain... sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman. Follower 824

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...