December 28, 2012

Tiga Perkara Yang Membuatkan Kita

Assalamualaikum
jubayr:

Abu Suleiman said, “Whenever fear (of Allah) departs a heart, it is ruined.”
Ibraaheem ibn Sufyan said, “Whenever fear of Allah resides in hearts, it burns away the sources of lust and eradicates worldly attachments.”
Madaarij-as-Saalikeen

Ada tiga perkara yang membuat kita celaka.
1-Kedekut.
2-Tewas kepada nafsu.
3-Bangga dengan diri sendiri.

Ada tiga perkara yang membuat kita selamat.
1-Adil dalam setiap tindakan.
2-Berbudi pekerti mulia sesama manusia tidak kira siapa.
3-Takut kepada Allah saat terbuka (ada orang melihat) dan saat sunyi.

Ada tiga perkara yang dapat menghapus dosa.
1-Tunggu masuk waktu solat.
2-Berwhuduk pada pagi hari yang sejuk. (bangun awal untuk beribadah)
3-Melangkah kaki untuk solat berjamaah.

Ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat.
1-Memberi makan kepada orang lain.( Bersedekah )
2-Memperbanyakkan salam. (Public Relation yang baik)
3-Mendirikan solat pada malam hari saat orang nyenyak tidur (qiamullail)

December 25, 2012

Menuntut ilmu

Assalamualaikum
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.”

(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).


Berdasarkan hadis berikut, kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w diwajibkan menuntut ilmu.Cuti persekolahan pun akan tamat dalam beberapa hari sahaja dan persekolahan akan bermula.Jadi kita sebagai orang Islam hendak belajar bersungguh-sungguh dan tabah menghadapi cabaran yang mendatang.Imam Syafie pernah berkata ”Bila kamu tak tahan lelahnya belajar , maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan ”.Bahasa mudahnya sesiapa yang tidak sanggup menghadapi cabaran ketika menuntut ilmu, dia akan rugi.

Natijahnya, ayuh kita menuntut ilmu agar kita menjadi umat yang cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat.


December 23, 2012

Nasihat Imam Ghazali rahimahullah

Assalamualaikum

Chechnya, Republic of Russia
Nasihat Imam Ghazali rahimahullah.

Pintu-pintu syaitan masuk ke dlm hati:

1. Pintu marah dan syahwat.
2. Hasad dengki dan tamakkan keduniaan.
3. Kekenyangan makanan.
4. Kegemaran menghias diri dan rumahtangga.
5. Keinginan mengampu.
6. Gopoh dan tidak menyelidiki terlebih dahulu.
7. Harta dan wang ringgit.
8. Lokek dan takutkan kemiskinan.
9. Keterlaluan fanatik dan taksub kpd mazhab serta mendendam dan menghina.
10. Perbuatan memikir tentang zat dan sifat-sifat Allah dan perkara-perkara tanpa ilmu pengetahuan dan di luar akal  fikiran.
11. Sangkaan buruk sesama kaum muslimin.

December 20, 2012

Waspada Wanita Islam

Assalamualaikum
“Akan muncul di akhir ummatku, wanita-wanita yang berpakaian namun pada hakikatnya bertelanjang. di atas kepala mereka terdapat sesuatu penaka punuk unta. mereka tidak akan memasuki syurga, dan tidak juga akan mencium aroma surga. padahal bau surga itu dapat dicium dari jarak sekian dan sekian. (HR Muslim)”

*Berhati-hati wahai saudara Islamku semoga terhindar daripada golongan tersebut. Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...